PM tamatkan perang badminton: Zii Jia, Jin Wei kembali beraksi

- Advertisement -

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya merungkai kemelut antara Jaguh Badminton Negara, Lee Zii Jia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dalam catatan Facebook Perdana Menteri pada Khamis beliau memberi gambaran Jalur Gemilang akan kembali berkibar di gelanggang antarabangsa yakni membawa maksud Zii Jia boleh kembali beraksi.

“Bertemu dengan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria bersama kepimpinan tertinggi BAM.

“Turut serta, jaguh badminton negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei, di Perdana Putra tengahari tadi.

“Perbincangan yang bermanfaat. Alhamdulillah semua selesai.

“Semoga sukan badminton negara terus cemerlang di pentas dunia, dan Jalur Gemilang kembali berkibar di luar negara,” kata Perdana Menteri.

Jumaat lalu, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 18 Januari lalu susulan keputusannya untuk meninggalkan badan induk itu bagi bergerak secara profesional.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat