PAS tak pernah terlintas nak ‘talak’ UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS selamanya menghormati ikatan Muafakat Nasional (MN) yang telah termetrai pada 2019 dan atas sifat menghormati ikatan itulah makanya pimpinan PAS tidak pernah membayangkan sebarang ” talak” dengan UMNO apatah lagi menyerang UMNO dan pimpinannya,” tegas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik.

Ujar beliau, PAS sayangkan permuafakatan MN bukan kerana UMNO itu UMNO.

Tetapi katanya, kerana persaudaraan disebut sebagai ” nikmat Allah” di dalam al-Quran. Atas perkara yang sama PAS sanggup bersama Bersatu dan kalau ada 100 kolam lagi PAS sanggup bersama demi Islam.

“UMNO terlebih dahulu menyempit ruang pernafasan kerjasama sebelum tulisan saya itu. Jauh sebelum status itu saya tulis UMNO telah membuat pengisytiharan demi pengisytiharan yang menyempitkan kerjasama.

” Mustahil anda (Shahril Hamdan) tidak tahu kenyataan pimpinan UMNO, kenyataan UMNO Terengganu, kenyataan UMNO Johor dan kenyataan UMNO Kelantan? Anak-anak PASTI pun tahu tentang kenyataan-kenyataan itu, masakan anda tidak tahu?

“PAS selamanya menghormati ikatan MN yang telah termeterai pada 2019. Atas sifat menghormati ikatan itulah makanya pimpinan PAS tidak pernah membayangkan sebarang ” talak” dengan UMNO apatah lagi menyerang UMNO dan pimpinannya. Kalau ada tolong bawakan satu kenyataan yang mutawatir serangan Tan Sri Abdul Hadi Awang terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau serangan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Anda (Shahril Hamdan ) tidak boleh marahkan saya jika dalam status itu membawa maksud UMNO kembali rakus dan tamak kuasa dan kerusi. Kerana apa lagi yang boleh ditafsirkan selain penafsiran itu jika dilihat kepada gelagat politik UMNO mutakhir ini? Nak dikatakan UMNO mendaulatkan Melayu. Bukankah kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah kerajaan Melayu.

” Kerajaan Melaka jugak sudah kerajaan Melayu bahkan Melayu UMNO. Tapi mengapa digulingkan juga? Nak dikatakan kerana Islam. Kerajaan PN dan Melaka dahulunya juga kerajaan Muslim.

“Jadi setakat ini saya tidak bertemu apa-apa alasan lain selain daripada mahukan kuasa dan lebihan kerusi. Jika anda ada bukti yang lain silakan. Saya tulis apa yang saya lihat dan perhatikan, dan saya sedia menghormati pandangan anda,” bidas Mokhtar.

Tambah Mokhtar lagi dengan tulisan selunak itu Shahril Hamdan merasakan beliau menyerang UMNO?

” Apakah anda tidak pernah membaca tulisan beberapa org pemimpin UMNO mengenai PAS? Sejujurnya saya sebut ianya adalah nasihat saya kepada UMNO.

“Saya pernah menulis beberapa kali mengenai serangan kasar Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Abdul Hadi ketika PRK Semenyih. Saya sebut ” kamu pernah ditendang keluar dari UMNO penuh kehinaan. Lalu PAS dan Abdul HADI papah kamu dan gilap nama kamu. Tapi hari ini kamu herdik Abdul Hadi dan PAS. Saya beri amaran sekali lagi kamu jatuh, kehinaan kali kedua akan lebih menghinakan berbanding kali pertama. Saya bukan ulamak jauh sekali seorang wali. Tapi apa yang saya sebut sedang berlaku ke atas beliau,” tempelak Mokhtar.

Maka kali ini selaku orang yang sayangkan ikatan persaudaraan UMNO dan PAS Mokhtar berkata beliau memberi nasihat.

” Kerana saat ikatan itu dimeterai, saya ada di atas pentas PWTC. Sebelum dan selepasnya saya turut berceramah dengan sebahagian besar pimpinan UMNO di berpuluh ” pentas penyatuan ummah”. Kerana itu sebolehnya saya cenderung ke arah menjaga hubungan ini sebagaimana pendirian Majlis Syura dan PAS Pusat.

“Namun untuk mengekalkan hubungan itu agar ” tidak menjadi sempit” sebagaimana yang anda sebut maka keluarkan diri dari serkup keegoan dan katamakan.
“Bernafaslah di luar, sifat-sifat itu nescaya tautan ini sangat menyegarkan,” katanya.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan membidas sikap Mokhtaryang lantang mengecam UMNO dengan pelbagai kenyataan berupa tuduhan dan tohmahan.

“Hari ini (semalam), Ustaz Mokhtar Senik, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat keluarkan kenyataan menyerang UMNO. Setiap yang dikatakan pasti menyinggung hati ahli UMNO.

“Tuduhan demi tuduhan dilemparkan terhadap UMNO. ‘UMNO rakus’. ‘UMNO perlu dirawat dengan kekalahan’. ‘UMNO perlu sedar ia tidak ada pilihan melainkan bersama dengan PAS dan PPBM’. ‘UMNO tak boleh dapat kerusi sehingga boleh memimpin sendiri tanpa PAS dan PPBM’. Dan pelbagai lagi tuduhan, tohmahan dan ‘tunjuk ajar’.

“Pertama, jika hendak beri pandangan, eloklah dibuat secara berhemah.

“Kedua, UMNO ialah parti sendiri yang akan buat keputusannya sendiri. Tiada halangan untuk parti lain beri pandangan, tapi biarlah lebih cermat dan tidak seperti mengajar UMNO apa ia boleh buat atau tidak boleh buat.

“Kami dalam MKT akan ambil pandangan yang pelbagai dalam kalangan parti dan buat ketetapan. Tetapi untuk tunduk kepada tekanan parti luar, tidak sama sekali,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO berkata, dari sebelum sesuatu pilihan raya berlangsung pemimpin PAS itu secara terbuka tidak mahu UMNO mendapat pembahagian kerusi yang memungkinkan ia selepas pilihan raya membentuk kerajaan tanpa parti lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat