Ismail Sabri Bantu Tanggung Bayaran Sewa Rumah Siti Azizon

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil memberi sumbangan peribadi bagi membayar rumah sewa sebanyak RM1,000 sebulan kepada ibu tunggal yang juga anggota tentera, Koperal Siti Azizon Mohamad.

Memetik laporan Malaysiagazette, Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Nazari Abd Hadi berkata, bayaran sewa itu akan dibayar sehingga rumah ibu tunggal itu yang terletak di Machang di Kelantan siap dengan kos pembaikan berjumlah RM15,000 yang ditanggung Kementerian Pertahanan.

Ujarnya lagi, Menteri Kanan Pertahanan itu juga akan memberi bantuan keperluan makanan kepada ibu tunggal yang menyara 11 ahli keluarganya mengikut keperluan dari masa ke semasa.

“Tentera Darat Malaysia (TDM) kini dalam proses membaiki pulih kediaman Siti Azizon di Machang iaitu rumah sendiri yang dibeli sebagai kakitangan kerajaan.

“Rumah yang sudah lama tidak diduduki dan kosong, usang serta ada bahagian yang pecah itu dijangka siap pada penghujung Mac ini.

“Jadi YB Menteri akan menanggung sewa rumah Siti Azizon sehingga beliau berpindah ke Kelantan,” katanya.

Kisah keperitan hidup Siti Azizon yang memiliki empat anak termasuk seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang kini terpaksa menjadi ketua keluarga selepas bercerai dengan suami tular di media sosial selepas disiarkan portal itu pada 14 Januari lalu.

Anggota tentera itu turut menyara lima anak saudaranya selepas adiknya meninggal dunia Disember 2019.

Siti Azizon bersama 11 ahli keluarganya menyewa di rumah tiga bilik dengan bayaran RM1,000 sebulan bersama ibu dan adik bongsunya yang tidak dapat bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dan hanya bekerja sambilan sebagai penghantar makanan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat