Bukit Aman Siasat Anwar Berkaitan Proklamasi Darurat – Laporan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilaporkan sedang menyiasat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya mengenai proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di Pertuan Agong.

Memetik laporan MalaysiaNow, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan laporan polis yang diterima berkaitan pemimpin pembangkang itu telah diserahkan kepada Bukit Aman.

“Kita hanya bantu untuk rekod kenyataan sahaja selepas itu kita akan salurkan laporan polis ini kepada pihak berkenaan,” katanya.

Laporan polis itu antara lain mendakwa Anwar melakukan hasutan dengan mempersoalkan kuasa Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan menghasut itu sebaliknya menjelaskan ia adalah rayuan supaya Agong menimbang semula proklamasi tersebut.

“Maknanya, majoriti, (yang) bukan membantah, (tetapi) merayu ihsan dan kebijaksanaan Agong untuk menimbang, melihat semula, mengkaji alasan-alasan, yang kami kira, (alasa) yang dibawa oleh perdana menteri itu tidak munasabah, tak cukup kuat.

“Maka mohon Agong menimbang, dan kita terima keputusan, kebijaksanan Agong,” kata Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat