KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming akui bangga dengan kemeriahan sambutan Hari Natal yang disambut di kementeriannya.
Beliau malah mengiktiraf lobi KPKT paling meriah berbanding kementerian lain sempena sambutan Krismas 2024 yang dirai semalam.
“Kakitangan awam bekerja di sini (KPKT) dari Sabah, Sarawak dan ramai adalah Kristian, hari ini kita raikan kepelbagaian budaya.
“We are the first ministry who do this and we are not going to be the last. Semasa Hari Raya Aidilfitri kita hiaskan dengan hiasan Hari Raya Aidilfitri diikuti dengan Deepavali, hari ini Krismas dan Happy New Year. Tahun depan Dong Dong Qiang Tahun Baru Cina, this is the beauty of our nation and wahat actually bind us together is love.
“Malaysia Truly Asia is not only a slogan and unity in diversity is also not a slogan it sholud be our way of life …i’m proud to say that lobi KPKT tahun ini adalah paling hebat di semua kementerian, I think we are the best, well decorate kementerian.
“Syabas tahniah kepada pengurusan, syabas tahniah kepada seluruh warga keluarga KPKT yang saya sayangi…Merry Christmas and Happy Blessed New Year all of you,” ucapnya dalam video yang dimuat naik di media sosialnya pada Rabu.