Mangsa Banjir Diberi Rebat 100 Peratus ‘One-Off’ Bil Elektrik Bulan Disember – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberikan rebat seratus peratus secara sekali bayar atau óne-off” kepada mangsa banjir bagi pembayaran bil bulan Disember.

Perdana Menteri mengumumkan berita gembira itu ketika melawat mangsa banjir di Hulu Langat, tengah hari tadi.

“TNB akan beri rebat seratus-peratus secara one off bil bagi bulan Disember. Ia akan beri manfaat kepada pengguna domestik. Namun ia (rebat) tidak libatkan kilang-kilang,” katanya.

Menurut beliau lagi, TNB akan turut membantu mangsa-mangsa banjir untuk melakukan proses pendawaian elektrik secara percuma bagi kediaman yang memerlukannya.

Selain itu, Ismail turut mengumumkan kerajaan telah berbincang dengan syarikat pengeluar kereta Perodua yang bersetuju meringankan beban mangsa banjir yang menghadapi masalah kenderaan rosak.

“Saya nak umumkan dari segi kereta yang tenggelam. Untuk Perodua kalau insurans ada perkhidmatan tunda ia akan diberikan percuma ..dan bagi kereta Perodua bayaran untuk upah baiki adalah percuma.

“Cuma barangan alat ganti itu kena beli..Perodua bagi diskaun 50 peratus. Saya difahamkan Menteri Kewangan akan bincang dan runding dengan syarikat lain dan saya harap mereka boleh ikut Perodua dan kalau lebih daripada apa yang Perodua bagi kita sangat alu-alukan,” katanya lagi.

Manakala bagi mangsa banjir yang berdepan dengan masalah kediaman rosak akibat banjir, Perdana Menteri berkata, peruntukan sedia ada berjumlah RM100 juta bagi tujuan membaiki kediaman akan ditambah mengikut keperluan.

“Jumlah (RM100 juta) sudah pastinya tidak akan cukup. Jadi kita akan tambah lagi peruntukan itu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat