Wartawan sukan tak boleh bekerja dalam ketakutan, trauma – persatuan

KUALA LUMPUR – Serangan ke atas mana-mana wartawan adalah satu tindakan ekstrem yang tidak boleh dibiarkan.

Justeru Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) tidak mahu ahli-ahli SAM bekerja dalam ketakutan dan trauma berikutan serangan seumpama ini.

Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) Ismadi Abdul Manap mengecam, serangan ke atas wartawan sukan dan juga ahli SAM, Haresh Deol yang berlaku petang semalam.

“Dalam kejadian jam 3.30 petang, Haresh diserang dua individu tidak dikenali,manakala seorang lagi merakam insiden itu.

“Haresh mengalami kecederaan ringan dan telah membuat laporan polis di balai polis berhampiran,” katanya.

Motif serangan terhadap Haresh masih tidak diketahui, dan untuk itu Presiden SAM memohon siasatan segera terhadap serangan yang berlaku.

Haresh yang juga pengasas portal media TwentyTwo13 melakukan perbincangan bersama beberapa rakan, sebelum diserang ketika bersendirian menuju ke keretanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat