Umno sokong, bantu Ruji di Merotai ini petanda positif – Saifuddin Nasution

TAWAU – Umno sendiri tampil ke depan untuk menyokong dan membantu Datuk Ruji Ubi, itu satu petanda positif yang boleh mengukuhkan lagi peluang Pakatan Harapan (PH) di Merotai.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dengan niat baik tidak ada pintu yang perlu takut diketuk.

“Datuk Ruji maklumkan pada saya bahawa ada perjumpaan bersama ahli-ahli Umno di Taman Semarak. Saya kata pada beliau, dengan hati terbuka, saya sedia turun dan berjumpa mereka.

“Bagi saya, kalau niat kita baik, kita turun dengan tujuan yang jelas, tidak ada pintu yang kita perlu takut untuk ketuk.

“Dalam musim pilihan raya, sokongan semua pihak sangat bermakna. Dan kalau penggerak Umno sendiri tampil ke depan untuk menyokong dan membantu Datuk Ruji, itu satu petanda positif yang boleh mengukuhkan lagi peluang kita di Merotai,” ujar Menteri Dalam Negeri itu.

Kata Saifuddin, “kita buat kerja, kita turun padang, kita jumpa rakyat, kita bina keyakinan.

“Akhirnya, yang membuka pintu hati para pemilih di Merotai adalah Allah jua,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat