KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil pihak yang membuat tohmahan berkenaan skandal pemberian rasuah iaitu Albert Tei serta pihak yang ditohmah Datuk Seri Shamsul Iskandar dalam masa terdekat bagi memberi keterangan.
Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki berkata, selain itu SPRM juga akan memanggil semua pihak-pihak yang terlibat bagi tujuan mengumpul bukti-bukti yang diperlukan.
“SPRM akan menyiasat segera tohmahan pemberian rasuah seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei kepada Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.
“SPRM akan memanggil pihak yang membuat tohmahan berkenaan iaitu Albert Tei serta pihak yang ditohmah iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar dalam masa terdekat bagi memberi keterangan.
“Selain itu, SPRM juga akan memanggil semua pihak-pihak yang terlibat bagi tujuan mengumpul bukti-bukti yang diperlukan,” kata Azam dalam kenyataan pada Rabu.
Sehubungan itu Azam mengingatkan, orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai isu ini dan memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan bagi mengumpul keterangan serta bukti berkaitan tohmahan ini.



