Pas elak perjumpaan di rumah, lobi hotel tips banteras rasuah – Aliakbar

KARAMBUNAI – Pimpinan Pas elak mengadakan pertemuan membabitkan urusan rasmi di tempat selain pejabat ini bagi menghalang terjadinya gejala rasuah.

Pesuruhjaya Pas Sabah Datuk Dr Aliakbar Gulasan berkata, pertemuan di lobi hotel dan di rumah amat membuka ruang kepada rasuah.

Aliakbar bagaimanapun berkata, setakat ini beliau belum pernah didekati dalam konteks seperti itu.

“Rasuah ini sangat bahaya dan dibenci, ini biasa dilakukan oleh orang-orang politik namun sebagai pimpinan setakat ini saya tidak pernah didekati.

“Saya sebut dalam beberapa siri ceramah… kadangkala orang politik dengan kontraktor atau peniaga-peniaga besar (ada hubungan) sebab apa yang berlaku pendedahan sekarang sama juga situasi kita waktu pilihan raya.

“…. pada masa tertentu kita minta duit daripada kontraktor-kontraktor, akhirnya mereka akan menuntut sesuatu (balasan) nanti lepas kita menang.

“Sebab itu saya nampak dalam bab seumpama ini kita di peringkat Pas khususnya kita agak tidak seronok untuk berunding di luar pejabat sebaiknya semua (pertemuan) berlaku dalam urusan rasmi.

“Tak perlu datang ke rumah, di lobi hotel… itu tempat-tempat yang amat membuka ruang dan sebenarnya, kita orang politik yang buka ruang apabila dia bagi masa jumpa di bilik hotel jumpa di tempat-tempat tertentu.

Tegas calon Perikatan Nasional (PN) DUN Karambunai itu, urusan-urusan rasmi sewajarnya selesai di peringkat pejabat.

“Untuk berbincang jika tidak terjaga sebab itu apa yang didedahkan oleh Albert Tei adalah satu fakta yang berlaku.

“Kerana bila kita bersandar kepada kontraktor sewaktu pilihan raya kita minta RM1 atau RM2 juta, kita pergi luar negara kita minta pound sterling akhirnya bila kita ada kuasa dia akan tuntut semuanya, dia tidak akan diam,” ujar beliau dalam podcast SuaraTV.

Semalam, Ahli Perniagaan Albert Tei pada telah mendedahkan butiran sogokan sebanyak RM629,000 kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Berdasarkan pendedahan Albert, sogokan itu melibatkan wang tunai Ringgit Malaysia dan Dolar Amerika Syarikat, kos pengubahsuaian, pembelian pekakas dan perabot untuk dua hartanah, curut, suit dan lain-lain.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat