LCS 1 siap akhir tahun ini, Mindef pastikan aset sedia hadapi ancaman maritim – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Fasa akhir pembinaan ‘Littoral Combat Ship’ (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dalam kontrak.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, status kemajuan semasa bagi perolehan LCS secara keseluruhan merangkumi elemen reka bentuk, pembinaan, peralatan serta ujian.

Katanya, status kemajuan yang berakhir pada 25 Ogos 2024 adalah 69.58 peratus berbanding perancangan iaitu 69.50 peratus dengan perbezaan 0.08 peratus (melebihi jadual daripada yang dirancang).

“Berdasarkan perancangan perbatuan yang terkandung dalam kontrak yang ditandatangani, fasa akhir pembinaan LCS pertama akan disiapkan pada penghujung 2024 sebelum ia menjalani ujian seperti ‘Harbour Acceptance Test’ (HAT) dan ‘Sea Acceptance Trial’ (SAT) oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk tempoh dua tahun.

“Bagi LCS kedua, ia akan turun ke permukaan air sebelum menjalani HAT dan SAT pada pertengahan 2025,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiar di laman web Parlimen, pada Selasa.

Khaled menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang meminta menyatakan perancangan kerajaan dalam menyegerakan pembinaan LCS bagi menghadapi ancaman pihak luar terhadap kawasan zon ekonomi dan kepulauan milik Malaysia di perairan Laut China Selatan yang semakin meningkat.

“Kementerian juga akan memastikan kesiagaan aset berada pada tahap optimum dalam menghadapi sebarang ancaman keselamatan di perairan negara, terutamanya di Laut China Selatan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat