Ini semua permainan politik menjelang PRN Sabah – Shahelmey

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan beliau terlibat dalam skandal rasuah baru-baru ini.

Bercakap kepada Suara TV, beliau berkata telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM bagi membolehkan mereka menjalankan siasatan terhadap aduan terbabit.

Shahelmey juga tidak menolak penyebaran video skandal rasuah berkenaan dilihat sebagai agenda pihak musuh bermotifkan politik memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bakal menjelang.

“Keterangan telah diberikan kepada pihak SPRM dan kita biarkan siasatan sepenuhnya dilakukan oleh pihak pihak berkenaan.

“Saya juga telah dipanggil untuk memberikan keterangan berkenaan isu tersebut. Setakat ini masih salam proses siasatan.

“Itu semua permainan politik menjelang pilihanraya negeri tetapi apa yang perlu kita fokus adalah terus memberi perkhidmatan kepada rakyat sebagai mana yang telah digariskan dalam pelan hala tuju Sabah,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya ketika ini sedang memberi fokus kepada persiapan menghadapi PRN Sabah yang dijangka diadakan tahun hadapan.

“Memandangkan Pilihanraya Negeri akan diadakan kurang setahun daripada sekarang, memang gerak kerja itu tertumpu kepada persediaan Pilihanraya.

“Untuk saya di Tanjung Keramat, kita teruskan aktiviti aktiviti mendekati rakyat memahami isu semasa yang melibatkan rakyat dan cuba membantu mereka berkenaan isu isu yang berkaitan,” katanya.

Terdahulu satu video telah didedahkan menerusi sebuah portal berita memaparkan Shahelmey yang juga ADUN Tanjung Keramat bersama seorang individu dipercayai ahli perniagaan yang sebelum ini mengaitkan ADUN Sabah terlibat rasuah.

Shahelmey merupakan ADUN keempat yang didedahkan selepas video berdurasi satu minit 42 saat.

Dalam siri video dimuat naik portal berita itu, antara ADUN yang didakwa dikaitkan dalam rakaman video berkenaan adalah ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, ADUN Tempasuk, Arshad Bistari dan ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat