Veteran UMNO minta PM tukar Menteri Pelancongan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Veteran Umno menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dengan calon lain yang lebih berwibawa.

Setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub berkata, tindakan itu demi menjaga nama baik negara.

“Veteran (Umno) meminta Perdana Menteri supaya menimbang kemungkinan menukar King Sing dengan orang lain yang lebih berwibawa sebagai menteri pelancungan demi menjaga nama baik negara,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mustapha merujuk kepada kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu baru-baru ini bahawa dia menerima pertanyaan daripada pelancong asing yang bertanya apakah Malaysia sebuah negara bersifat perkauman atau ekstrem agama, susulan serbuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas beberapa premis di ibu negara sebelum ini.

King Sing juga berkata, berbanding menampakkan imej autoritarian dan terkebelakang, DBKL seharusnya menjiwai semangat ketamadunan dan keterbukaan ibu kota.

Kata Ahli Parlimen Bintulu itu lagi, multikulturalisme bukanlah kelemahan, tetapi kelebihan dalam daya saing dan memohon maaf kepada pelancong dari China.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, tidak ada sebab untuk King Sing meminta maaf kepada pelancong China kerana layanan tidak istimewa oleh kerajaan Malaysia kepada mereka.

“Dakwaan King Sing kononnya dia ditanya oleh pelancong China apakah Malaysia sebuah negara perkauman adalah satu pembohongan dan wayang Cina King Sing.

“Mana ada satu negara di dunia ini yang memberi layanan istimewa kepada pelancong yang melancong ke negara mereka sehingga terpaksa menukar papan iklan kepada bahasa pelancong?” soal Mustapha.

Ujar beliau lagi, jumlah pelancong Melayu yang melawat China juga bukan sedikit tetapi papan iklan di pusat membeli-belah di Beijing,Shanghai dan lain-lain tetap dalam bahasa Mandarin.

“King Sing sengaja menimbulkan isu bahasa ini kerana dia anti bahasa Melayu. King Sing juga anti negaranya sendiri, Malaysia.

“King Sing tidak patriotik dan nasionalis. Dia lebih Cina dari China tanah besar. Sikap rasisnya jelas sehingga terbawa-bawa kepada penduduk negara asing,” katanya.

Mustapha berkata, adalah amat memalukan negara ini apabila seorang menteri seperti King Sing bercakap seolah-olah Malaysia tidak aman dan selamat.

Justeru, katanya pemimpin dari Sarawak itu perlu dipecat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat