PAS Tak Sertai Kerajaan Perpaduan Kekal Pembangkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS akan terus berperanan sebagai pembangkang dan tidak akan menyertai Kerajaan Persekutuan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS berpendirian tidak akan menyertai Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) dan DAP, demi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat khususnya para pengundi yang telah memilih PAS dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Setelah membuat pertimbangan dari pelbagai sudut serta meneliti pendapat umum, PAS berpendirian tidak akan menyertai Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan dan DAP.

“Justeru PAS akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan menasihati semua pihak bagi memastikan tadbir urus negara berjalan lancar dan dapat ditegakkan berpaksikan kepada
prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini Takiyuddin berkata, PAS akan mengadakan pertemuan bersama parti komponen PN dalam waktu terdekat bagi membincangkan tawaran Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai kerajaan perpaduan.

Jelasnya, PAS akan meninjau pandangan dan kesediaan rakyat khususnya pengundi sebelum memuktamatkan sebarang keputusan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat