Maszlee Malik Bakal Sertai PKR Esok?

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Desas-desus mengatakan kemungkinan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik bakal menyertai PKR, akan diketahui esok.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh yang mengakui tidak mempunyai maklumat sama ada bekas Menteri Pendidikan itu menyertai PKR atau tidak.

“Tunggu dan lihat esok, apa yang akan diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presiden PKR memang dijadual hadir ke program jelajah di Simpang Renggam petang esok.

“Buat masa ini saya tiada maklumat itu (Maszlee sertai PKR),” kata Ahli Parlimen Ledang itu kepada BH, hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, media dan portal berita melaporkan bekas Menteri Pendidikan itu bakal menyertai PKR dan mengumumkannya petang esok.

Anwar yang juga Pengerusi PH dijadualkan hadir ke Majlis Jelajah Presiden Keadilan ke Parlimen Simpang Renggam di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pada jam 3.45 petang esok.

Maszlee bagaimanapun enggan mengulas perkara itu, sebaliknya meminta orang ramai mengikuti siaran langsung di akaun Facebooknya esok.

Maszlee sebelum ini dikenali sebagai seorang ahli akademik BERSATU, bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Parlimen Simpang Renggam, dan memenangi kerusi berkenaan.

Maszlee pernah menganggotai Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dan dilantik sebagai Menteri Pendidikan kerajaan PH namun meletak jawatan susulan beberapa kontroversi.

Beliau dipecat dari BERSATU pada Mei tahun lalu susulan konflik dalaman yang tercetus akibat keputusan parti itu untuk keluar daripada PH.

Maszlee kemudian memutuskan untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas, sementara beberapa pemimpin yang dipecat dari BERSATU termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti Pejuang. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat