Sarjan Norizan Tiba Di HPP Untuk Pembedahan Keluarkan Tiga Peluru

- Advertisement -

GEORGE TOWN – Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sjn Norihan a/l Tari, 39, dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) malam ini untuk menerima rawatan lanjut selepas cedera parah ditembak semasa bertugas di Pos Sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis semalam.

Norihan dipindahkan dari Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis ke HPP untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tiga butir peluru iaitu satu di paru-paru dan dua pada perut.

Beliau dibawa dari HTF pada 7.40 malam dengan ambulans yang diiringi kereta peronda polis dan tiba di HPP kira-kira 9.20 malam.

Dua ahli keluarga mangsa termasuk isterinya turut mengiringi Norihan ke HPP dan difahamkan beliau akan menjalani pembedahan malam ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong yang turut berada di HPP ketika Norihan sampai mengesahkan mangsa tiba dengan selamat.

Soffian berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut dan sebarang perkembangan Norihan akan dimaklumkan oleh pihak polis.

Semalam, Bernama melaporkan dalam insiden pada kira-kira 2.30 pagi itu, anggota PGA Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang kini dinaikkan pangkat kepada sarjan, terbunuh.

Norihan pula cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di lokasi kejadian iaitu kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.

Baharuddin dan Norihan, dari unit Senoi Praaq PGA Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang terlibat dalam pengumpulan maklumat, telah terserempak dengan kira-kira 13 penyeludup sebelum berlakunya insiden berbalas tembakan itu.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat