Legenda Bola Sepak Diego Maradona Meninggal Dunia – Laporan

- Advertisement -

Legenda bola sepak, Diego Maradona dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 tahun.

Agensi berita BBC melaporkan, bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina itu mengalami serangan jantung di rumahnya.

Maklumat lanjut bagaimanapun belum diperoleh, namun beberapa media antarabangsa sudah melaporkan mengenai kematian bintang berkenaan.

Maradona sebelum ini menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otak awal November lalu, selain pernah menjalani rawatan kerana ketagihan alkohol.

Beliau yang diiktiraf sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah, menjadi kapten ketika Argentina memenangi Piala Dunia 1986, dengan persembahan permainan yang luar biasa.

Beliau juga bermain untuk kelab Barcelona dan Napoli semasa zaman kegemilangannya selain memenangi dua gelaran Serie A bersama pasukan di Itali itu. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat