Malaysia Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, Tekad Kukuhkan Perpaduan Serantau

KUALA LUMPUR, — Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bermula hari ini, menghimpunkan ribuan delegasi dari seluruh rantau bagi memperkukuh kerjasama dan membina masa depan ASEAN yang lebih inklusif, sejahtera dan berdaya tahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia sebagai tuan rumah dan pengerusi tahun ini tampil memimpin dengan keyakinan dan prinsip untuk memastikan ASEAN kekal sebagai tunjang kestabilan serantau serta peneraju utama dalam diplomasi global.

“Alhamdulillah, pagi ini saya menyambut ketibaan pimpinan negara anggota ASEAN termasuk Timor Leste serta para Tetamu Pengerusi iaitu Brazil, Afrika Selatan, Kanada, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut beliau, Malaysia komited memastikan ASEAN terus menjadi suara berpengaruh bagi Negara-Negara Selatan (Global South), mencerminkan semangat perpaduan dan nilai Malaysia MADANI yang menekankan keadilan serta ihsan.

“Malaysia akan terus memimpin dengan tekad memperkukuh perpaduan serantau, memperkasa rakyat dan membina Asia Tenggara yang aman, makmur serta berdaya tahan untuk generasi mendatang,” katanya.

Sidang kemuncak tahun ini turut menandakan peranan penting Malaysia dalam menerajui usaha mengukuhkan integrasi serantau, kerjasama ekonomi dan diplomasi global di bawah kerangka ASEAN.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat