Gangguan sistem semboyan perkhidmatan MRT Stesen Kwasa Damansara ke Laluan Putrajaya

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya mengalami gangguan sistem semboyan yang menjejaskan jadual perkhidmatan dari Stesen Kwasa Damansara ke Laluan Stesen Putrajaya Sentral pada pagi Sabtu.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan bahawa punca gangguan sistem semboyan yang sedang berlaku di Laluan Putrajaya disyaki berpunca daripada aktiviti kecurian kabel komunikasi dan sistem semboyan.

“Susulan insiden gangguan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Brickfields jam lebih kurang 12.30 tengah hari (Sabtu) dan hasil siasatan awal di lokasi mendapati aktiviti kecurian itu berlaku berhampiran Stesen Kuchai, di mana longgokan kabel yang telah dipotong turut ditemui berdekatan kawasan stesen tersebut, ”kata kenyataan itu.

“Rapid Rail telah berkerjasama dengan pihak MRT Corporation selaku pemilik aset dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan aktiviti kecurian kabel yang berlaku di beberapa lokasi di sekitar jajaran Laluan Putrajaya kebelakangan ini dapat dibendung dan tidak berulang kembali.

“Hasil siasatan pasukan teknikal Rapid Rail di lokasi pada malam tadi mendapati terdapat lebih banyak kabel gentian optik yang dipotong, dipercayai akibat aktiviti kecurian.

“Manakala, pasukan teknikal Rapid Rail bersama pakar sistem asal (OEM) juga sedang giat melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan menyeluruh bagi memastikan operasi tren dapat kembali stabil dalam masa terdekat, ”katanya.

Ujarnya, sebagai langkah keselamatan, tren dari Stesen Kwasa Damansara ke Stesen Putrajaya Sentral kini dipandu secara manual, menyebabkan pergerakan tren menjadi lebih perlahan dan berhenti lebih lama di setiap stesen. Kekerapan tren dijangka antara 20 hingga 30 minit.

“Perkhidmatan bas perantara ulang-alik percuma disediakan bagi membantu penumpang meneruskan perjalanan di antara Stesen Kwasa Damansara dan Stesen Putrajaya Sentral dan bagi melancarkan pergerakan penumpan di stesen, anggota polis bantuan serta petugas stesen telah ditempatkan di platform, ruang legar, hentian bas di stesen bagi membantu penumpang.

“Pasukan operasi Rapid Rail kini sedang giat menjalankan pemantauan rapi serta kerja-kerja pemulihan bagi memastikan perkhidmatan dapat dipulihkan secepat dan
setakat jam 6.50 pagi 26 Oktober 2025 (Ahad), kerja-kerja baik pulih masih lagi dijalankan,”ujarnya lagi.

“Penumpang dinasihatkan untuk merujuk kepada laman sosial Rapid KL dan aplikasi PULSE bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini status perkhidmatan, selain itu disaran merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan alternatif pengangkutan lain bagi mengelakkan kelewatan.

“Rapid Rail menghargai kesabaran para penumpang sepanjang tempoh gangguan dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran dan kerjasama daripada semua pengguna sepanjang tempoh gangguan ini,”tambahnya lagi.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat