Nama Alyssa Dezek mungkin lebih sinonim dengan dunia hiburan, apatah lagi sejak kecil beliau telah dikenali sebagai penyanyi dan pelakon remaja yang berbakat. Namun, perjalanan yang dilalui oleh Alyssa bukan hanya terhenti pada pentas dan kaca televisyen. Di sebalik kesibukan sebagai anak seni, Alyssa kini mencuri perhatian atas kejayaan akademiknya yang semakin menyerlah.
Dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berlangsung baru-baru ini, Alyssa berjaya meraih keputusan 6A – satu pencapaian yang bukan sahaja menggembirakan dirinya dan keluarga, tetapi turut memberi isyarat bahawa kejayaan bukan milik mereka yang punyai banyak masa, sebaliknya milik mereka yang bijak memanfaatkan masa yang ada. Lebih menarik, kejayaan tersebut datang dengan bantuan dan bimbingan pembelajaran dalam talian PTTI, sebuah platform pendidikan digital yang telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai pusat tuisyen yang melahirkan paling ramai pelajar mendapat keputusan Straight A dalam SPM bagi tahun 2024.
Namun seperti biasa, kejayaan bukanlah sesuatu yang terlepas daripada pandangan sinis. Sebahagian netizen mempertikaikan kemampuan Alyssa dengan mendakwa keputusan tersebut hadir bukan atas usaha sendiri, sebaliknya kerana ‘kabel’. Tuduhan sebegitulah yang tidak jarang dilemparkan kepada mana-mana individu popular yang meraikan kejayaan akademik.
Alyssa, bagaimanapun, tidak mudah goyah. Baginya, setiap keputusan yang diraih adalah hasil daripada usaha konsisten dan disiplin yang dibina saban hari. Walaupun jadual penggambaran dan kerjaya seni sering kali padat, Alyssa tetap mengutamakan pelajaran dengan mencari ruang waktu terbaik untuk belajar secara teratur.
“Kesibukan bukan alasan untuk tidak berjaya,” ujar Alyssa dalam satu sesi temu bual bersama Pakar SPM PTTI, Sir Race. Beliau mengakui bahawa sebelum mengikuti sesi pembelajaran bersama PTTI, markah yang diperoleh tidak begitu memberangsangkan. Namun, kaedah bimbingan sistematik, strategi menjawab soalan yang terarah, serta platform pembelajaran yang fleksibel banyak membantunya meningkatkan pemahaman dan prestasi akademik.
Kini, dengan semangat dan impian yang semakin membara, Alyssa menyasarkan keputusan Straight A dalam SPM sebenar. Perjalanan ini masih jauh, tetapi keberanian dan kepercayaannya terhadap proses menunjukkan kematangan seorang pelajar yang tahu apa yang ingin dicapai.
Kisah Alyssa memberikan peringatan kepada para pelajar di luar sana bahawa kejayaan tidak mengenal siapa; ia tidak memilih mereka yang popular atau tidak, tidak juga mengutamakan mereka yang mempunyai segala kemudahan. Sebaliknya, kejayaan akan berpihak kepada mereka yang bekerja keras, berdisiplin dan tidak menjadikan halangan sebagai alasan untuk berputus asa.
Bagi pelajar yang ingin meningkatkan pencapaian akademik, usaha dan bimbingan yang tepat adalah kunci. Platform seperti PTTI hadir sebagai alternatif yang bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga membina keyakinan, kemahiran menjawab soalan dan strategi pembelajaran yang berkesan.
Alyssa telah membuktikan bahawa seorang anak seni juga mampu berdiri cemerlang dalam dunia akademik. Hari ini, kisahnya menjadi inspirasi. Dan esok, mungkin giliran anda pula untuk mencipta kejayaan tersendiri.



