Oleh Zihan Zari
GERIK – Sepasang kembar di sini melakarkan sejarah apabila berjaya meraih juara pertandingan dalam pertunjukkan Fesyen – Young Modest Fashion Designers Fest V2 Peringkat Kebangsaan di Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai (PSP) pada Rabu.
Muhamad Syazani Mohd Nasir, 19, dan Muhamad Syazwan Mohd Nasir berasal daripada Bayan Lepas, Pulau Pinang berkongsi kegembiraan dapat mencipta kenangan manis itu.
Muhamad Syazani dan Muhamad Syazwan bersyukur dan mengakui sangat bertuah dilahirkan sebagai pasangan kembar kerana diberi peluang untuk bersama-sama menuntut ilmu di Kolej Komuniti Gerik (KKGP).
Mereka berdua merupakan pelajar program Sijil Fesyen dan Pakaian setelah tamat SPM 2022 memohon masuk ke kolej ini melalui UPU Online.
“Hasil rekaan kami berdua diberi nama ‘ROCFFLEs GOWN’ menggabungkan perkataan Rococo dan Ruffles berinspirasikan daripada Ladies of Rococo : Beyond the Ruffles dari era 18 century, telah menghasilkan satu rekaan yang elegant dan feminisme.
“Rekaan ini menerapkan ciri-ciri kesopanan dan kelembutan seorang wanita, ”katanya.
“Pemilihan warna hitam dan cream keemasan menampakkan ciri klasik dan keunggulan pada rekaan ini.
“Penggunaan fabrik shantung, jacquard, satin matte dan chiffon melengkapkan gaya rekaan yang dipilih. Sillhouette ball-gown, lengan puffed beropol, variasi kolar shawl di bahagian luar rekaan menampilkan kelainan bagi rekaan ini.
“Permainan ropol dan flair ruffles di bahagian hadapan rekaan pula dapat menambahkan lagi keunikan rekaan.
“Ditambah dengan ciri khas, ‘the turkey @ sack back style dress’ iaitu bahagian cape belakang digabungkan terus ke bahagian badan rekaan. Hiasan kepala tambah melengkapkan gaya rekaan, ”katanya lagi.
“Kami berhasrat menjadi pereka fesyen yang terkenal dan akan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi setelah tamat pengajian di KKGP.
“Minat untuk menyambung pengajian bidang fesyen dan pakaian adalah atas dorongn keluarga serta bagi meramaikan jumlah pereka fesyen kaum lelaki, ”ujarnya.
“Kami juga akan mengunakan platform bidang rekaan fesyen dan pakaian untuk memartabatkan budaya kreatif orang melayu di mata dunia berlandaskan ciri-ciri kesopanan dan kesusilaan.
“Penyertaan kami di pertandingan ini untuk mengasah bakat dalam menghasilkan rekaan kreatif di samping menerapkan ilmu pengetahuan dan melahirkan idea-idea baru.
“Selain itu, meningkatkan keyakinan diri dalam dunia fesyen secara tidak langsung ia dapat memperkasakan program pendidikan yang disediakan oleh institusi latihan teknikal dan vokasional (TVET) seiring dengan keperluan semasa industri, ”ujarnya lagi.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh KKGP memaklumkan, pertandingan ini dianjurkan oleh Kolej Komuniti Bukit Mertajam dengan kerjasama Puspanita Cawangan Kecil Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Ianya bertemakan ‘The Rise of Romanticism’ telah menampilkan seramai 17 pereka muda dengan 17 hasil rekaan dari pelajar politeknik dan kolej komuniti (POLYCC).
Johan pertandingan telah membawa pulang Plak, sijil penyertaan dan wang tunai RM500, telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK), Dato’ Dr. Hj. Mohd Zahari Ismail.
Tempat kedua dimenangi oleh Kolej Komuniti Bukit Mertajam dan tempat ketiga pula Kolej Komuniti Kuala Terengganu cawangan Kuala Nerus, manakala Anugerah Pilihan Industri diberikan kepada Kolej Komuniti Pasir Gudang,”tambahnya.
Sesi penjurian pertandingan ini dinilai oleh pereka kostum yang berpengalaman iaitu, Zamry Saidin, manakala legasi sulaman nyonya dan tata rias artis oleh Wan Azwade Ahmad.
Hadir sama, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil JPPKK, Datin Rusiah Saad, dan Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Dato’ Kamarul Haizal Koderat – SUARA.TV