Rasuah umpama ‘Api Dalam Sekam’ sukar dibendung – Azam Baki

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

NILAI – Dalam dunia serba maju dan berteknologi tinggi hari ini, jenayah rasuah semakin kompleks dan sukar dibendung, ianya umpama ‘Api Dalam Sekam’ yang boleh membinasakan negara.

Oleh itu, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu melengkapkan diri dengan kemahiran, pemikiran kreatif, bersikap positif dan responsif agar SPRM terus kekal relevan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Hj. Azam Baki berkata demikian ketika berucap di Majlis Perbarisan Tamat Latihan, Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 28 di Pusat Latihan Asas, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Bandar Baru Enstek, dekat sini pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato’ Indera Junipah Wandi, dan Pengarah MACA, Datuk Saiful Ezral Arifin.

Azam berkata, kesemua kadet ini akan ditugaskan sebagai pegawai penyiasat di Bahagian dan Unit Siasatan SPRM Negeri selama tiga tahun untuk melatih diri menjadi pegawai yang berpengalaman, berkualiti serta berkemahiran tinggi.

“Pelbagai usaha telah dilakukan SPRM melalui MACA dalam meningkatkan kualiti pegawai-pegawai terutama dalam aspek penambahbaikan modul asas dari semasa ke semasa.

“Selain itu, selaras dengan kehendak masyarakat yang mahukan Malaysia bebas daripada rasuah, ”katanya.

SPRM dalam kenyataannya memaklumkan, seramai 111 Pegawai Penyiasat (IO) berpangkat Penolong Penguasa Gred P29 telah berjaya menamatkan latihan kursus asas selama sembilan bulan dan dianugerahkan Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Studies (Level 5).

Sementalah itu, Mohammad Ikhmal Mohamad Huzir Affindi telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kadet Terbaik Keseluruhan.

Manakala Nur Alis Fitrah Muhamad Sopie menyandang Anugerah Kadet Latihan Luar Terbaik Kategori Wanita, dan Muhammad Habil Arshadi Rosdin pula menerima Anugerah Kadet Latihan Luar Terbaik Kategori Lelaki.

Pusat latihan asas SPRM, di Bandar Enstek merupakan pusat latihan asas pertama dimiliki SPRM dan diuruskan MACA selaku pengendali program latihan dan kursus dalam meningkatkan kecekapan dan profesionalisme pegawai dan kakitangan SPRM – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat