Bomba nasihat orang ramai jauhi kawasan berisiko ketika musim tengkujuh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti beriadah dan rekreasi di kawasan berisiko tinggi berlaku kejadian kepala air ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) bermula November ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, orang ramai disaran tidak melakukan aktiviti perkhemahan dan pendakian atau bermandi- manda di kawasan air terjun dan sungai.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Malaysia akan memantau semua aktiviti rekreasi bagi mengelak sebarang kemungkinan malapetaka membabitkan nyawa.

“Kalau boleh elak beriadah di kawasan air terjun yang berisiko berlakunya kepala air sepanjang musim MTL sehingga Mac tahun depan nanti.

“Kawalan ketat ini penting kerana sekiranya berlaku sebarang insiden ia boleh menyukarkan agensi penyelamat itu sendiri untuk menembusi kawasan itu dan bukan sekadar menyulitkan penganjur aktiviti luar itu,” katanya selepas Majlis Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Bencana JBPM 2023 di Cheras hari ini.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kepala air yang mungkin berlakunya banjir besar, Abdul Wahab menjelaskan bahawa ia bergantung kepada jumlah taburan hujan di sesebuah kawasan itu.

“Ia hanya boleh menyebabkan banjir di pesisir aliran sungai dan mencetuskan kepala air.

“Cuma kita risau apabila ada aktiviti beriadah di kawasan air terjun sebagaimana berlaku di beberapa tempat di luar jangkaan sebelum ini,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat