PRU-15 Masa Terbaik Tamatkan Hayat Politik Anwar

- Advertisement -

CYBERJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah aset penting yang mesti diberi kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Malah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, PRU kali ini merupakan masa terbaik untuk rakyat Perak menamatkan hayat politik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

“Anwar tiada jasa di Tambun, Perak dan beliau bukan aset penting yang mesti diberikan kemenangan.

“Malah ini kesempatan terbaik kepada orang Perak untuk menamatkan hayat politik Anwar Ibrahim. Jadi biar Tambun menjadi bukti sejarah Anwar Ibrahim hilang pengaruh di sini,” kata Shamsul dalam satu hantaran di Facebooknya.

Penyandang Parlimen Lenggong itu berkata demikian susulan kenyataan Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang berkata, rakyat Perak “bertuah” kerana Anwar akan bertanding di negeri itu.

Ini kerana belum pernah ahli parlimen Perak menjadi perdana menteri, kata naib presiden Amanah itu yang dipetik portal Malaysia Gazette.

Selain itu, dalam hantaran sama, Shamsul turut mengingatkan bahawa pengundi mereka juga mesti menolak Bersatu.

“Mengalahkan Anwar Ibrahim bukan bermakna kita bagi kemenangan kepada Bersatu. Kerana Bersatu juga mesti dikalahkan.

“Kita yakin pertandingan 3 penjuru akan memberikan kelebihan kepada calon Barisan Nasional,” katanya lagi.

Shamsul berkata pemimpin PH sering menukar kerusi yang ditandingi mereka sehingga tidak mampu berkhidmat untuk pengundi mereka.

“Saya harap kita sedar. Pimpinan PH termasuk Anwar Ibrahim sering bertukar kawasan bertanding setiap kali PRU kerana semasa mereka menjadi wakil rakyat di kawasan sebelumnya mereka tidak bekerja untuk rakyat.

“Sebab itu mereka berpindah kawasan. Anwar Ibrahim dari Port Dikson ke Tambun. Jadi pemilih di Parlimen Tambun jangan tersilap langkah,” katanya.

Selain Anwar, Shamsul juga menggesa rakyat untuk menamatkan hayat politk Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita mesti jadikan PRU15 medan menamatkan hayat politik Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad kerana dua watak ini telah merugikan negara sejak sekian lama,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat