Calon nama besar gegar kerusi panas PRU15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menjelang hari penamaan calon pada 5 November ini tentunya parti sibuk mencatur nama-nama calon untuk ditempatkan di kerusi-kerusi panas sebagai perisai mencipta kemenangan.

Pastinya nama-nama besar akan menjadi ayam tambatan bagi setiap parti untuk merebut kerusi-kerusi Parlimen sebagai resipi utama membentuk kerajaan selepas 19 November ini.

Antara nama-nama besar yang disebut ialah Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dikatakan bakal mencabar Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datuk.

Selain itu, dikhabarkan Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar bakal merebut Parlimen Ampang daripada ibu Bangsa Malaysia iaitu Datuk Zuraida Kamaruddin.

Manakala, Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri akan merebut Parlimen Bandar Tun Razak.

Panglima Tempur PKR, Rafizi Ramli pula dikatakan akan merebut kembali Pandan juga dikhabarkan Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim akan berentap di Nibong Tebal.

Selain itu, Datuk Husam Musa dipercayai akan bersaing dengan Datuk Seri Azmin Ali di Gombak.

Bagaimanapun, semua teka-teki ini akan terjawab dan paling penting kerajaan yang bakal ditubuh bagi mengemudi Malaysia untuk lima tahun akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat