PKR umum calon berprofil tinggi petang ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PKR akan mengumumkan nama-nama colon berprofil tinggi dan kemasukan tokoh-tokoh pelbagai latar belakang yang bakal mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) petang ini.

Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli memaklumkan pengumuman calon-calon itu akan dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau sendiri di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya jam 2 petang ini.

“PKR akan membuat satu pengumuman menamakan calon-calon berprofil tinggi dan kemasukan tokoh-tokoh pelbagai latar belakang dalam PRU15 ini.

“Pengumuman akan dibuat dalam satu sidang media oleh Presiden PKR dan saya sendiri,” kata Rafizi.

Setakat ini PKR cuma mengumumkan Anwar bakal merebut Parlimen Tambun manakala lain-lain calon Belum dimaklumkan kerusi yang bakal ditandingi pada PRU15 ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat