Pandalela Kongsi Pengalaman Gangguan Seksual Supaya Mangsa Lain Berani Bersuara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Ratu terjun negara, Datuk Pandalela Rinong memberitahu tujuannya membongkar pengalaman “not so nice” berkenaan lawak rogol tak kelakar baru-baru ini dengan tujuan memberi sokongan dan galakan kepada mangsa lain yang turut terpalit gangguan seksual.

Dalam ciapan di Twitternya malam tadi, Pandalela kebanyakan mangsa gangguan seksual berdepan dilema sama ada memendam atau mendedahkan perihal perkara itu.

Jadi beliau berkongsi pengalamannya mengenai gangguan seksual yang melibatkan bekas jurulatihnya untuk memberi sokongan dan menggalakkan mangsa lain untuk bersuara.

“Saya berkongsi pengalaman buruk itu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, dan sokongan kepada mangsa di luar sana, yang sentiasa dalam dilema, sama ada mahu bersuara atau berdiam diri.

“Paling penting, pemboleh dan penyokong pihak yang membuat gangguan seksual tidak seharuskan disensasikan. Orang lain mungkin lupa, tetapi bukan mangsa,” kata pemenang pingat Olimpik dua kali itu menerusi akaun Twitternya, malam tadi.

Walaupun dia tidak menyatakan secara spesifik, ciapan itu dibuat selepas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilaporkan mempersoalkan motif Pandelela mengungkit kisah gangguan seksual oleh bekas jurulatihnya setelah “sekian lama”.

“Saya hanya nak faham keseluruhan senario, kenapa tiba-tiba, setelah sekian lama, Lela (Pandelela) keluar kenyataan melalui sosial media beliau,” soalnya lapor portal Free Malaysia Today.

Faizal juga berkata dia bertemu dengan beberapa atlet negara berhubung kenyataan Pandelela itu untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi tersebut.

“Saya dah mula buat panggilan-panggilan secara peribadi sebagai menteri dan saya juga dah berjumpa dengan beberapa atlet tentang perkara ini jadi tak sesuai untuk saya hebahkan lagi perkara ini buat masa sekarang,” katanya.

Khamis lalu, Pandelela berkongsi di media sosial bahawa dia pernah mempunyai seorang jurulatih yang suka membuat lawak lucah, tetapi atlet tidak boleh berbuat apa-apa terhadapnya kerana dia mendapat sokongan ketua jurulatih.

“Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh (gelak buat-buat) sebab takut dia.

“Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik.

“Tujuh tahun kemudian dia buat kes rogol,” katanya di Twitter yang menggunakan tanda pagar #rapejokeisnotfunny, bermaksud lawak rogol tidak lucu.

Kenyatannya itu hadir selepas klip video menampilkan pelakon Fauzi Nawawi menceritakan pengalamannya melakonkan babak rogol dengan pelakon Raja Farah Raja Aziz tular di media sosial.

Kredit gambar: The Star

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,585FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat