Annuar Musa, Ka Siong Tidak Mengeluarkan Kenyataan Mengelirukan Dewan – Speaker

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun menegaskan, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa serta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong tidak mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan di bawah Peraturan Mesyuarat  36(12) semasa menjawab soalan yang diajukan kepada mereka.

Jelas Azhar, beliau telah meneliti usul-usul daripada Yang Berhormat, Penyata Rasmi (handsard) Perbahasan di Dewan Rakyat pada 30 September 2021.

“Untuk makluman Yang Berhormat, saya telah pun meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan juga Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai perkara dibangkitkan. Kedua-dua mereka telah pun memberi penjelasan kepada saya. Bersama-sama dilampirkan sesalinan penjelasan bersama Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia berkenaan perkara tersebut untuk perhatian dan rujukan Yang Berhormat.

“Saya telah meneliti usul-usul daripada Yang Berhormat, Penyata Rasmi (handsard) Perbahasan di Dewan Rakyat pada 30 September 2021; jawapan bertulis oleh Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia bertarikh 5 Oktober 2021 serta penjelasan yang diberikan kepada saya oleh kedua-dua Yang Berhormat Menteri di atas,

“Sehubungan itu, saya mendapati bahawa Yang Berhormat  Menteri Pengangkutan dan juga Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan di bawah Peraturan Mesyuarat  36(12) semasa menjawab soalan yang diajukan kepada mereka.” kata Azhar melalui kenyataan medianya.

Terdahulu, Lim Guan Eng (Pakatan Harapan-Bagan) yang mengemukakan usul pada 11 Oktober lalu, untuk merujuk Wee ke ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas alasan mengelirukan Dewan Rakyat.

Beliau mengemukakan usul kepada Azhar di bawah Fasal 36 (12) Aturan Mesyuarat kerana menggelirukan Dewan Rakyat,

Pada 30 September, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri  Wee Ka Siong memberitahu Dewan Rakyat bahawa dasar kabotaj bukanlah faktor mengapa Malaysia tidak dilibatkan dalam projek Apricot oleh Facebook dan Google

Bagaimanapun Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memberitahu dalam jawapan tertulis di Dewan Rakyat pada 5 Oktober bahawa dasar kabotaj yang tidak dapat diselesaikan menyebabkan Malaysia tidak dilibatkan dalam projek tersebut.

Azhar juga menjelaskan, Menteri KKMM pula dalam jawapan beliau menerangkan bahawa Malaysia tidak tersenarai di dalam projek tersebut  atas keputusan syarikat berkenaan dan juga memandangkan Dasar Kabotaj yang masih belum selesai. Sememangnya Dasar Kabotaj itu hanya diputuskan oleh Kabinet pada 8 Oktober 2021.

Tegasnya, kehilangan pelaburan sebanyak RM12-15 bilion itu hanya anggaran dan Menteri Pengangkutan memilih untuk tidak bersetuju dengannya dan memberikan pendapat beliau mengenai perkara tersebut.

Disamping itu, Annuar Musa dalam catatan Facebooknya berkata, “Dengan surat ini daripada Tuan Speaker, terbukti sudah jawapan saya jelas, menolak tuduhan jahat ahli-ahli parlimen DAP yang kononnya saya dan YB Menteri Pengangkutan mengelirukan dewan.” -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat