Dr Noor Hisham Nafi Data Kes Covid-19 Dimanipulasi

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan terdapat manipulasi data kes Covid-19 yang dilaporkan di negara ini susulan kes mencecah empat digit iaitu 1,228, Sabtu lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, data yang diperoleh pihaknya dikumpul setakat pukul 12 tengah hari setiap hari menggunakan sistem informasi dan maklumat kesihatan dari setiap negeri.

Katanya, KKM akan melakukan perbincangan dengan membabitkan pasukan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) yang bertugas di sebalik tabir.

“Kami akan meneliti jumlah kes serta kluster untuk direkodkan setiap hari.

“Justeru, maklumat yang disampaikan bukan manipulasi sebaliknya ia adalah fakta yang diguna pakai sejak hari pertama (kes Covid-19 dilaporkan di negara ini),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham menegaskan tidak timbul isu manipulasi sekiranya kes yang dilaporkan melebihi 1,000 sehari.

“Jangan bila angka kes kosong atau satu digit, kita terima data tersebut tetapi apabila angka lebih 1,000 kita tidak terima.

“Hari ini, KKM umumkan kes sebanyak 1,240 iaitu jumlah kes tertinggi pernah direkodkan dan ini telah dijangkakan mengikut unjuran nilai kebolehjangkitan 1.5 seperti yang dilaporkan sebelum ini,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat