Ahmad Zahid Tukar Fikiran, Tak Jadi Jumpa Muhyiddin

- Advertisement -

PUTRAJAYA- Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir.

Pertemuan yang diadakan di Bangunan Perdana Putra itu berlangsung jam 9.30 pagi manakala mesyuarat Kabinet Khas dijadual 10.30 pagi.

Memetik laporan Malaysiakini, yang mendapat makluman daripada sumber UMNO memberitahu, kesemua ketua parti termasuk dari Sabah dan Sarawak hadir dalam pertemuan pagi tadi.

“Cuma Presiden UMNO (Ahmad Zahid) tidak hadir,” kata sumber memetik portal berita itu.

Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak maklum sama ada UMNO menghantar wakil menggantikan Ahmad Zahid dalam pertemuan tersebut.

“Itu (wakil) saya tidak pasti, apa yang boleh saya sahkan Ahmad Zahid tidak hadir.

“Kedua, pertemuan ini untuk presiden-presiden parti politik yang sokong PN,” jelasnya.

Selain itu, Malaysiakini turut melaporkan, satu lagi sumber memberitahu, Ahmad Zahid menukar fikiran pada saat akhir pagi ini.

“Beliau sepatutnya dijadualkan hadir pertemuan dengan Perdana Menteri pagi ini, namun, menukar fikiran pada saat akhir atas keputusan peribadi,” ujarnya.

Semalam, semua menteri Kabinet mengadakan mesyuarat tidak rasmi di kediaman Muhyiddin sejurus Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan isytihar darurat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat