Ahli politik perlu perbetul keadaaan, walaupun akur titah Agong henti ‘politicking‘

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Mengakui wajar akur titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya ahli-ahli politik untuk segera menghentikan segala politicking,namun, ahli politik perlu buat keputusan segera demi negara, ekonomi dan rakyat.

Perkara itu disuarakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang memaklumkan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) cuma memperbetulkan keadaan.

Beliau memberitahu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada sekarang tidak stabil dan berada dalam keadaan 50-50.

“Pertama sekali itu saranan Baginda yang patut kita ikut, tetapi keadaan sekarang ini 50-50.

“Jadi pelabur tidak akan datang, ekonomi negara kurang baik dan yang buat keadaan begini adalah rakyat.

“Rakyat yang undi dulu (Pakatan Harapan), kerana mereka tertipu dengan isu PTPTN dan GST,” katanya ketika ditemui media di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, keadaan politik tidak stabil hari ini berpunca daripada keputusan rakyat pada pilihan raya umum lalu.

“Keadaan hari ini rakyat yang buat keputusan tersebut, orang politik hanya nak betulkan keadaan jadi macam mana kita mahu betulkan keadaan? Ini yang kita patut bagi pandangan macam mana nak buat?

“Sekarang kita bincang apa yang terbaik untuk rakyat, sekarang ini rakyat jangan salah ahli politik,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat