Takut Dimarahi Keluarga, Murid Tahun Empat Buat Laporan Polis Dakwa Diculik

- Advertisement -

KULIM – Polis menafikan berlakunya kes cubaan culik membabitkan seorang murid lelaki Darjah Empat di Taman Angsana, di sini yang mesejnya tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, siasatan lanjut sebaliknya mendapati kanak-kanak berkenaan yang membuat laporan polis sengaja mereka cerita kerana bimbang dimarahi keluarga selepas dia pulang lewat ke rumah.

Menurutnya, kanak-kanak itu dalam laporan polis dilakukan 17 September lalu mendakwa dia dan abangnya yang berusia 13 tahun berada di sebuah kawasan perumahan sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang bertanyakan lokasi sebuah sekolah kepada mereka, pada 3.30 petang.

“Kanak-kanak berkenaan memberitahu dia bersama abangnya kemudian pergi menunjukkan lokasi sekolah kepada lelaki terbabit dan mendakwa ketika dalam perjalanan lelaki terbabit berhenti membuang air kecil di kawasan hutan berhampiran.

“Ketika itu, kanak-kanak terbabit mendakwa yang dia terdengar lelaki terbabit memberitahu kepada seorang rakan yang dihubungi melalui telefon bimbit tentang rancangan untuk menculiknya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kanak-kanak itu kemudian mendakwa dia terpaksa berlari ke jalan besar untuk meminta pertolongan daripada seorang lelaki tidak dikenali bagi menghantarnya pulang.

“Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut mendapati kanak-kanak itu membuat laporan polis kerana bimbang dimarahi keluarga selepas dia pulang lewat ke rumah.

“Kita juga sudah memanggil ibubapa murid berkenaan untuk memberikan penerangan berhubung kes terbabit dan kes diklasifikasi sebagai tiada berlaku sebarang kesalahan (NOD),” katanya.

Hari ini, beberapa mesej yang mendakwa berlaku cubaan culik budak Darjah Empat di Taman Angsana tular selepas ia dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook (FB).

Mesej terbabit mendakwa mangsa berjaya melepaskan diri selepas bergelut dengan penculik berhampiran kolam udang di belakang sebuah sekolah.

Wan Hassan berkata, berikutan itu pemilik akaun FB berkenaan sudah memadamkan status yang dimuat naik berkenaan dan polis ingin menasihati orang ramai supaya jangan mudah percaya dan menyebar berita yang tidak sahih lebih-lebih lagi membabitkan isu sensitif. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat