Mesej Tular Dakwa Kanak-kanak Diculik Dalam Lori Ayam Palsu – Polis

- Advertisement -

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan berlaku kegiatan penculikan kanak-kanak menggunakan lori ayam untuk tujuan penjualan organ seperti sebarang mesej yang tular dalam media sosial ketika ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner A. Skandaguru berkata, mesej berkenaan adalah palsu dan semakan mendapati ia tular sejak 2017 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial.

“PDRM mengesan sebaran mesej palsu meminta masyarakat agar berwaspada berkaitan kejadian penculikan membabitkan sekumpulan kanak-kanak yang diberi bahan terlarang sehingga tidak mampu bercakap dan dibawa menaiki lori ayam bagi tujuan pemindahan organ di negara jiran.

“Dalam mesej itu juga menyatakan bahawa pihak berkuasa melakukan pemeriksaan ke atas lori berkenaan dan menjumpai enam kanak-kanak di mana tiga daripada mereka tidak boleh bercakap kerana diberi bahan terlarang dan akan dihantar ke negara jiran pemindahan organ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan penculikan dan penjualan organ kanak-kanak seperti yang didakwa.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan berita-berita tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

“Mana-mana individu yang dikesan menyebarkan berita-berita palsu boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 233 Kata Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat