Mosti Pelawa IIASA Jayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN)

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mempelawa Institut Antarabangsa untuk Sistem Analisis Gunaan (IIASA) menjalin kerjasama dengan Akademi Sains Malaysia (ASM).

Menurut menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, kerjasama itu bertujuan bagi menjayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN).

Ini kerana, menurutnya, IIASA mempunyai kepakaran dalam analisis sistem bagi pelbagai bidang disiplin terutama berkaitan sains alam sekitar.

“Justeru, MOSTI ingin mempelawa IIASA untuk meneroka platform kerjasama dengan ASM dengan menyumbang pengetahuan mereka dalam bantuan teknikal untuk memperkukuh PTKPN yang lebih bersepadu menjelang akhir tahun 2023,” katanya dalam kenyataan media malam tadi.

Selain itu, Dr Adham berkata, PTPKN akan memberi tumpuan kepada pembangunan sistem pengawasan, pemantauan dan penjejakan impak (STIE Trend Watch) untuk kesihatan planet serta meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam kawasan zoonosis data nasional untuk genomik alam sekitar.

IIASA yang ditubuhkan pada 1972 ialah sebuah institut penyelidikan antarabangsa yang menjalankan penyelidikan pelbagai disiplin untuk membantu penggubal dasar mencari penyelesaian jangka panjang kepada cabaran global dan universal yang
dihadapi negara.

IIASA dan ASM juga telah bekerjasama dalam pelbagai bidang penyelidikan, terutamanya dalam menangani jerebu dan pembakaran biojisim di Malaysia dan Asia, minyak sawit tanpa penebangan hutan serta mengunjurkan perubahan populasi dan modal insan di Malaysia.

Semenjak tahun 2013, terdapat 26 lawatan penyelidik IIASA ke Malaysia. Manakala sejumlah 47 individu yang antaranya terdiri daripada penyelidik, penasihat dan diplomat dari Malaysia telah melawat atau menghadiri sekurang-kurangnya satu acara
di IIASA.

Malaysia juga telah menghantar enam peserta untuk Program Musim Panas
Saintis Muda IIASA.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat