Kuarantin Di Rumah, Ahmad Zahid Pantau Maya #PRNSabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak melepaskan peluang memantau perjalanan proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah meskipun menjalani kuarantin di rumah.

Berkongsi beberapa keping foto di Facebooknya, Presiden UMNO itu kelihatan ceria melakukan panggilan video dengan pimpinan BN yang berada di Sabah.

“Oleh kerana kuarantin, saya memantau dari rumah segala perkembangan terbaharu mengenai hari mengundi PRN Sabah,” katanya dengan mencatatkan #radutatapradu dan #radusampaimenang.

Ahmad Zahid menjalani kuarantin memandangkan beberapa pimpinan BN dan calon disahkan positif Covid-19 semasa siri kempen di Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat