PRNSabah: Malam Penutup Kempen BN Di Lamag Meriah, Walaupun “Terganggu”

- Advertisement -

KINABATANGAN: Sekalipun kelancaran majlis ceramah terakhir BN untuk kempen pilihanraya negeri Sabah ke-16 di DUN Lamag sebentar tadi terganggu oleh masalah teknikal, ia tidak menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak dan calon BN bagi kawasan tersebut, Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk membakar semangat pengundi agar turun beramai-ramai memberikan sokongan kepada BN esok.

Ucapan masing-masing terhenti untuk beberapa ketika berikutan lampu yang terpadam secara tiba-tiba. Walaupun demikian, kejadian tersebut tidak mematah semangat kedua Bung Moktar dan Najib, terutama sekali Najib yang tetap meneruskan ucapan beliau sekalipun bergelap.

Dalam amanatnya, Bung Moktar memaklumkan kepada mereka yang hadir bahawa banyak pembangunan di Parlimen Kinabatangan seperti pembinaan sekolah, hospital dan sebagainya, berlaku, hanya setelah Najib menjadi Perdana Menteri.

Walaupun kadang kala beliau ditegur kerana meminta terlalu banyak untuk kawasan berkenaan tapi jelas Bung, beliau tidak ada banyak pilihan kerana keluasan Kinabatangan ini adalah lebih besar dari negeri Pahang.

Najib dalam ucapannya pula melahirkan penghargaan beliau kerana diberi kesempatan bersama Bung Moktar di Lamag pada malam penutup tirai kempen BN dalam pilihanraya kali ini.

Malam terakhir ini jelas Ahli Parlimen Pekan itu, malam yang penting bagi pengundi-pengundi di Kinabatangan khasnya dan seluruh Sabah amnya.

Beliau merasa bangga kerana jentera parti sudah ada iltizam dan tekad yang amat bulat (untuk memberi kemenangan kepada BN) bukan sahaja di Kinabatangan, tetapi semua tempat yang beliau telah pergi. Semangat jentera BN yang berkobar kobar ini adalah penting untuk menjamin kemenangan BN, katanya.

Semua ini jelas Najib membuktikan bahawa, pergolakan politik UMNO Sabah sebelum ini yang menyaksikan hampir kesemua wakil rakyatnya yang menang dalam PRU2018 melompat parti, hanya berlaku diperingkat kepimpinan tapi tidak melibatkan penyokong dan akar umbi UMNO di bawah.

Akar umbi UMNO Sabah katanya, tetap teguh dengan komitmen mereka menjadikan UMNO sebagai wadah perjuangan kerana tahu hanya UMNO/BN saja yang boleh membawa perubahan besar kepada negeri Sabah

Najib yakin inilah persamaan yang dikongsi oleh penyokong UMNO di seluruh negeri Sabah, apatah lagi setelah menjelajah banya tempat di negeri itu sepanjang kempen pilihanraya ini, beliau melihat tidak tanda apa-apa pembaharuan berlaku dalam negeri Sabah ini (sejak diambil alih Warisan).

29 bulan memerintah jelas Najib sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan kemampuan kerajaan negeri Warisan, tapi setelah melihat dengan mata sendiri, memang tidak ada sebarang pembaharuan yang dilakukan dakwanya.

Selain isu pembangunan dan ekonomi, antara lain Najib turut menyentuh tentang amalan kronisme yang di dakwa beliau berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Sabah, integriti kerajaan negeri sekarang yang dipersoalkan, isu keselamatan dan sebagainya.

Justeru jelas Najib, adalah penting untuk rakyat Sabah melakukan perubahan esok bagi memastikan bukan sahaja Sabah tidak terus ketinggalan malah menyelesaikan semua masalah yang dilakukan pentadbiran sekarang – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat