Zarina Zainuddin tak mempergunakan anak

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon, Zarina Zainuddin terkilan apabila dituduh menggunakan anak-anaknya yang menghidap autisme sebagai modal di media sosial untuk kekal relevan dalam industri seni tempatan.

Zarina berkata, perkongsian yang dimuat naik itu adalah sebagai pendedahan buat ibu bapa lain yang turut berdepan dengan anak-anak menghidap autisme.

“Orang hanya pandai berkata-kata, tetapi saya yang hidup hari-hari dengan anak-anak yang menghidap autisme. Bukan setiap masa, cuma hanya ada masa-masanya saja kongsikan di media sosial.

“Bukan setiap masa saya pegang telefon untuk merakam, cuma saya ingin berkongsi kepada ibu bapa lain yang ada anak autisme seperti saya. Mereka juga punya hati, perasaan dan keinginan seperti kita.

“Bagaimana boleh ada yang terfikir saya berkongsi di media sosial sekadar ‘content’? Bukannya dibuat-buat sebaliknya sebahagian saja yang sempat saya rakam dan muat naik,” katanya.

Terdahulu, Zarina dikecam netizen selepas dia memuatnaik sebuah video yang menunjukkan anaknya Azal sedang melamar pelakon Neera Azizi.

Dalam video berkenaan, Azal dilihat menyarungkan cincin ke jari Neera dan berkata sudikah awak menjadi isteri saya?

Umum mengetahui bahawa Azal adalah anak istimewa yang menghidap autisme.

Disebabkan itu, ada netizen yang kurang bersetuju dengan tindakan Zarina yang dilihat seolah-olah mempermainkan perasaan anaknya.

Tidak hanya berdiam diri, Zarina dilihat membalas semula komen-komen yang menghentam dirinya.

Menurutnya, dia yang lebih mengetahui siapa anaknya, jadi orang luar tidak berhak menuduh melulu dan mempertikaikan tindakannya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat