Latiff perlu saman saya, auditor dan BHIC kes nafi suami Zainab Mohd Salleh -Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penafian terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Latiff Ahmad, mengenai pembabitan beliau melalui syarikat-syarikat yang dikawal oleh isteri kedua beliau yang dibuat pada hari ini, hanyalah penafian di Facebook.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, Latiff tidak sedikit pun membidas fakta-fakta yang telah dikongsi dengan rakyat setakat ini iaitu berkenaan Laporan Forensik Kapal Tempur Pesisir (LCS) menamakan Zainab Mohd Salleh sebagai isteri beliau.

Katanya dan juga Laporan Forensik Kapal LCS menamakan Zainab Mohd Salleh sebagai individu yang mengawal syarikat-syarikat palsu Alizes Marine yang mendapat kontrak membekalkan alat gantian sebanyak RM210 juta.

“Penafian Facebook Latiff juga samalah seperti menuduh rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menipu, sedangkan rekod itu menunjukkan Latiff mempunyai hubungan dengan Zainab Mohd Salleh melalui pemilikan bersama Mega P Asia Sdn. Bhd.

“Penafian mudah (tanpa menunjukkan sebarang fakta atau dokumen) adalah taktik biasa yang menjadi amalan pimpinan Umno dan bekas Umno (yang kini dalam Bersatu),” bidas Rafizi dalam kenyataannya pada Jumaat.

Semasa skandal SRC dan 1MDB mula-mula didedahkan pun, Datuk Seri Najib Razak menafikan mentah-mentah bahawa wang masuk ke akaun peribadinya, kata beliau.

“Apabila telah dibuktikan, barulah beliau menyebut wang itu dari derma hartawan Arab. Setelah disiasat, didapati pula wang itu datang dari tabung pencen rakyat.

“Sebab itu, rakyat tidak lagi boleh mempercayai penafian kosong oleh menteri-menteri Umno dan Bersatu kerana rekod yang telah ada setakat ini,” tegas Rafizi lagi.

Dalam pada itu katanya, jika Latiff tidak ada kaitan dengan Zainab Mohd Salleh dan dia (atau keluarganya) tidak terlibat dengan kontrak-kontrak projek LCS atau pertahanan laut negara, beliau perlu mengambil tindakan saman dengan serta-merta ke atas BHIC (tuan punya Laporan Forensik Kapal LCS), Alliance IFA (M) Sdn Bhd (juru audit yang dilantik BHIC untuk menyiasat projek kapal LCS) dan saya (yang mendedahkan perkara ini).

“Jika ini tidak diambil pada kadar segera, maka saya yakin Latiff akan mengheret partinya Bersatu ke kancah kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana rakyat akan menghukum parti-parti yang melindungi watak-watak yang terlibat di dalam skandal LCS ini,” kata Rafizi memberi ingatan.

Perkembangan sama, beliau mendedahkan bahawa Laporan Forensik Kapal LCS turut menamakan satu lagi syarikat, Mega P Asia Sdn Bhd sebagai syarikat yang dikawal oleh Zainab Mohd Salleh yang mendapat kontrak-kontrak pertahanan laut.

Dakwa Rafizi, Syarikat Mega P Asia Sdn Bhd ditubuhkan oleh Latiff sendiri.

“Syarikat Mega P Asia Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Latiff dan Zainab Mohd Salleh.

“Apabila Latiff hanya menafikan di Facebook, itu bermakna beliau menuduh juru audit yang dilantik Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC), iaitu Alliance IFA (M) Sdn Bhd menipu, apabila laporan juru audit menamakan Zainab Mohd Salleh sebagai isteri beliau dan menunjukkan keterlibatan Dr. Latiff dalam kontrak-kontrak projek LCS,” kata beliau.

Hari ini, Latiff sekali lagi menafikan sebarang kaitan dengan individu bernama Zainab Mohd Salleh.

Latiff yang pernah menjadi timbalan menteri pertahanan sebelum ini pernah menafikan wanita yang dikaitkan dengan projek LCS itu bukan isterinya.

Malah, beliau juga menafikan ahli keluarganya yang terlibat dengan perniagaan pembekalan atau pembinaan kapal LCS.

“Isteri atau Isteri-isteri saya tiada yang bernama Zainab binti Salleh.

“Tiada ahli keluarga saya yang terlibat dalam bisnes melibatkan pembekalan atau pembinaan kapal LCS.

“Sebagai wakil rakyat dari kawasan laut dan pulau (Mersing)… saya suka makan ikan… tapi bukan ikan jerung,” katanya dalam hantaran di Facebook.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat