50,000 Orang Dijangka Hadir Saksi Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kira-kira 50,000 orang dijangka membanjiri Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek berkata orang ramai sudah tidak sabar menyaksikan detik bersejarah itu selepas dua tahun negara tidak mengadakan sambutan berkenaan secara besar-besaran berikutan pandemik COVID-19.

“Pada tahun ini, pengunjung yang dahagakan sambutan Hari Kebangsaan pasti akan merasai kelainan apabila hadir ke sini (Dataran Merdeka) kerana kita melaksanakannya dalam skala besar-besaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Sementara itu, Mohammad antara kelainan sempena acara sambutan kali ini ialah persembahan Orkestra RTM yang dianggotai 65 pemain muzik bagi mengiringi acara persembahan pada hari berkenaan.

Katanya kesemua 27 kementerian juga akan mengambil bahagian dalam perbarisan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat