30,000 Penerima Dapat Manfaat Op Bantu PDRM – KPN

- Advertisement -

KULIM – Kira-kira 30,000 penerima di seluruh negara telah pun mendapat manfaat daripada Op Bantu, yang dikendalikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat hari ini sejak ia dilancarkan pada Julai lepas.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, inisiatif yang bertujuan menyalurkan bantuan bekalan makanan itu, berjaya meringankan beban golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Kita tidak meletakkan sasaran untuk Op Bantu ini, yang mana benda ini akan jalan secara berterusan. Jadi, kita akan dapatkan bantuan daripada pihak-pihak yang sudi membantu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan itu di Padang Serai dekat sini hari ini.

Acryl Sani berkata, pihak PDRM juga bertindak sebagai pemudah cara kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan, termasuk dalam mengenal pasti penerima yang sedang dalam kesusahan dan perlu dibantu.

“Kita ada balai polis, pondok polis yang hampir dengan masyarakat, di mana mereka (polis) bertugas dan sewajarnya mengetahui siapa ada di sana yang memerlukan bantuan. Sekiranya kita kenal pasti, kita boleh salurkan kepada ketua masyarakat, pejabat daerah serta wakil rakyat,” katanya.

Untuk rekod, pelaksanaan Op Bantu merupakan kolaborasi strategik bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan kesemua Ibu Pejabat Polis Daerah seluruh negara, dijadikan sebagai pusat pengagihan bantuan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat