Bursa Malaysia Terus Catat Aliran Meningkat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkatnya naik ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan pada Khamis dengan indeks komposit petunjuk pasaran melonjak ke paras 1,585.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 15.94 mata kepada 1,585.74 daripada paras penutup 1,569.80 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik 0.92 mata kepada 1,570.72, yang juga merupakan paras terendah bagi hari ini dan meningkat sehingga setinggi 1,590.91.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 580 berbanding 506, manakala 419 kaunter tidak berubah, 747 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Bagaimanapun, jumlah dagangan turun kepada 4.38 bilion unit bernilai RM3.25 bilion berbanding 4.55 bilion unit bernilai RM2.89 bilion pada Rabu.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata Bursa Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan mengatasi kebanyakan bursa Asia lain seperti Hong Kong, China, Korea Selatan dan Indonesia yang mencatatkan penurunan.

“Barangkali, jangkaan pengumuman barisan menteri kabinet terus memberi keyakinan dalam kalangan pelabur terhadap kepimpinan Malaysia.

“Pada masa yang sama Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dijangka tidak akan memberi bayangan pengurangan program pembelian aset semasa simposium Jackson Hole pada Jumaat ini memandangkan peningkatan penularan varian Delta,” katanya kepada Bernama.

Di dalam negara, Sime Darby merupakan saham yang mencatatkan prestasi terbaik dalam kalangan 30 syarikat dalam FBM KLCI apabila merekodkan peningkatan 5.8 peratus sepanjang hari dagangan manakala Indeks Perladangan Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan tertinggi dalam kalangan indeks sektor selepas meningkat sebanyak 1.6 peratus.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Sime Darby meningkat 13 sen kepada RM2.39, Maybank naik 12 sen kepada RM8.45, Press Metal menokok 16 sen kepada RM5.40, Public Bank menambah enam sen kepada RM4.16 dan Petronas Dagangan melonjak 78 sen kepada RM19.80.

MISC naik 16 sen kepada RM7.07 dan Hap Seng Consolidated meningkat 28 sen kepada RM8.50.

Dalam kalangan kaunter cergas, Ta Win meningkat 2.5 sen kepada 5.5 sen, BCM Alliance turun tiga sen kepada 6.5 sen, Scope Industries berkurangan 2.5 sen kepada 34.5 sen dan D’nonce jatuh enam sen kepada 55 sen.

Green Packet tidak berubah pada 20.5 sen dan AYS Ventures meningkat 15.5 sen kepada 54.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 89.98 mata kepada 11,539.44, Indeks FBMT 100 naik 90.49 mata kepada 11,249.08, Indeks FBM Emas Shariah menokok 83.18 mata kepada 12,635.08, FBM 70 menambah 32.15 mata kepada 14,965.79 dan FBM ACE susut 26.78 mata kepada 7,262.34.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 86.62 mata kepada 6,749.63, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 66.01 mata kepada 15,447.96 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 3.21 mata kepada 197.80.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.87 bilion saham bernilai RM2.93 bilion daripada 2.66 bilion saham bernilai RM2.53 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran susut kepada 364.68 juta unit bernilai RM51.27 juta berbanding 394.23 juta unit bernilai RM51.05 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 1.14 bilion saham bernilai RM274.06 juta daripada 1.50 bilion saham bernilai RM316.58 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 594.30 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.22 bilion), pembinaan (69.70 juta), teknologi (212.33 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (104.27 juta), hartanah (152.73 juta), perladangan (57.34 juta), REITs (6.50 juta), dana tertutup (71,500), tenaga (217.91 juta), penjagaan kesihatan (52.87 juta), telekomunikasi dan media (122.63 juta), pengangkutan dan logistik (36.77 juta) dan utiliti (19.68 juta). – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat