Status terkini Tabung Harapan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Kota Kinabalu - Gerakan Rakyat Sabah (GRS) telah bersetuju dengan sebulat suara untuk mencalonkan Datuk Hajiji...

Ketua Menteri Sabah: Bung, Hajiji atau nama lain?

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah menyerahkan 41 akuan berkanun (SD) kepada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin. Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah...

PBS tak akan jadi ‘katak’ sertai Warisan – Johnny Mositun

KOTA KINABALU - Wakil rakyat daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak akan melompat parti menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi membentuk kerajaan negeri seperti...

Teka-Teki Ketua Menteri Sabah Berterusan, GRS Kemukakan Calon Baharu?

Kota Kinabalu - Teka-teki siapa Ketua Menteri Sabah masih berterusan apabila pertemuan ketua-ketua parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Tuan Yang Turutama Yang Dipertua...

Selasa Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Yang Baharu

Kota Kinabalu - Majlis angkat sumpah Ketua Menteri yang baharu akan berlangsung di Istana Negeri Sabah pada jam 10.30 pagi esok. Perkara itu disahkan Bahagian...

KUALA LUMPUR: Isu status terkini Tabung Harapan yang diwujudkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, antara perkara bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, isu itu terkandung pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang diajukan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) kepada Menteri Kewangan.

Ahmad Fadhli ingin tahu ke manakah wang itu disalurkan.

Dalam sesi sama, Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) akan bertanya kepada Menteri Pengajian Tinggi mengenai status yuran pengajian semester Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi penuntut IPT awam dan swasta yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.

Azizah turut bertanyakan, adakah kementerian mempunyai inisiatif berkaitan sistem pembelajaran dalam talian bagi pelajar IPT yang tinggal di luar bandar dan memerlukan capaian Internet.

Selain itu, Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) bertanyakan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai langkah terkini kementerian dalam membasmi penyebaran maklumat tidak sahih dan palsu yang semakin meningkat sehingga boleh mengancam keselamatan negara dan perpaduan rakyat.

Usai sesi itu, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 akan dikemukakan Kementerian Dalam Negeri untuk bacaan kali pertama.

Turut menarik perhatian ialah Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan kepada pemandu mabuk, yang akan dibentang untuk bacaan kali kedua dan dibahaskan oleh Ahli Parlimen, sebelum diputuskan sama ada diluluskan atau tidak.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19. – BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan