Safawi Rasid Akan Beraksi Untuk Kelab Liga Portugal

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pemain skuad bola sepak Johor Darul Takzim, Safawi Rasid akan beraksi mewakili kelab Eropah dan sekaligus meninggalkan skuad JDT yang diwakilinya sekarang.

Penghijrahan Safawi itu selepas skuad JDT telah menerima tawaran kelab Liga Portugal, Portimonense SC semalam.

“Skuad JDT ingin mengesahkan kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid bermain untuk kelab Liga Portugal, Portimonense SC, kata Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dilaman rasmi media sosial facebook JDT.

“Kami sedia melepaskan Safawi untuk bermain disana, dan rasa tawaran itu sangat baik untuk JDT dan Safawi. kami bersedia melepaskan Safawi untuk bermain di Eropah, kata Martin Prest.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” kata Prest.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat