Bincang Apa Yang Santai, Tapi Makan Masa 90 Minit?

- Advertisement -

DI TENGAH-TENGAH ‘ketegangan’ lanjutan berita penubuhan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi antara PAS dan Bersatu – tanpa penglibatan UMNO, ketua parti UMNO/BN, PAS, PPBM dan Setiausaha Agung masing-masing, mengadakan perjumpaan ‘santai’ di bangunan Parlimen semalam.

Santai santai pun, 90 minit juga baru perbincangan selesai.

Di kalangan pemerhati politik dibawah ini, tertanya-tanya juga apa perkara yang dibincangkan dalam ‘kesantaian’ itu?

Dah macam-macam spekulasi tercetus sebab tidak ada sidang media diadakan selepas mesyuarat itu selesai.

Nak PRU ke, apa status PN, apa pulak nasib MN (Muafakat Nasional) dan sebagainya.

Apa pun yang penting dari peristiwa tersebut ialah, parti parti berkait orang Melayu di negara ini, boleh duduk berbincang dalam suasana harmoni. Itu saja yang utama.

Malah kalau nak dilanjutkan lagi, kebimbangan kononnya wujud perpecahan di kalangan parti-parti Melayu ini yang dimainkan sejak beberapa hari ini, sudah boleh dikatakan sebagai tidak berasas.

Kita bimbang ni kalau jadi macam Pakatan, konon bekerjasama dan bersatu di depan tapi di belakang, tikam menikam dan berseteru tak habis-habis sehingga kerajaan yang pertama kali menang selepas 60 tahun pun, boleh tumbang.

Sebab itu minggu ini penting, menanti apa perkembangan berkaitan – selain hari mengundi PRK Slim Sabtu nanti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat