Pahang Pertahan Peraturan Tulisan Jawi Di Permis Perniagaan

- Advertisement -

Kuantan – Kerajaan Negeri Pahang komited menjulang tinggi martabat tulisan Jawi.

Menteri Besarnya, YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri menetapkan peraturan setiap premis meletakkan tanda nama premis mereka dengan tulisan Jawi.

“Mengambil contoh tentang penulisan Jawi, Kerajaan Negeri Pahang tetap utuh dalam melaksanakan peraturan untuk setiap premis meletakkan tanda nama premis mereka dengan tulisan Jawi.

“Elemen Islam dan Melayu ini adalah penting untuk dikekalkan, perkara ini termasuk dalam pelaksanaan pembangunan yang dilakukan di dalam negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tegas beliau, dalam usaha Pahang terus memperkasa pembangunan berteraskan syariah menerusi pemerkasaan Islam san memartabatkan budaya Melayu.

“Sungguhpun Malaysia semakin terdedah dengan ancaman fahaman-fahaman dari luar yang tidak sealiran dengan agama, adat dan budaya kita, Pahang Darul Makmur akan terus mempertahankan Islam dan budaya Melayu Pahang.

“Perkara ini adalah penting untuk kita terus memelihara identiti kita sebagai anak Pahang demi kepentingan ummah semasa dan generasi akan datang,” ujar Wan Rosdy.

Tambah beliau lagi, baru-baru ini Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, telah melancarkan Rumah Mesra Syariah (RMS) yang merupakan satu kelompok kediaman yang bercirikan konsep Islam.

“Konsep yang diketengahkan menerusi pembangunan hartanah ini termasuk dengan penyediaan tanda arah kiblat dan privasi yang sesuai dengan tuntutan Islam dan adat Melayu.

“Kediaman berkonsepkan Islam ini dapat menggalakkan gaya hidup Islam dan memudahkan umat Islam menunaikan ibadah. Ia juga direka untuk melindungi privasi penghuni dengan memberi penekanan terhadap pengasingan anak-anak lelaki dan juga perempuan,” katanya.

Wan Rosdy memberitahu, dengan bantuan daripada Jabatan Mufti Pahang, projek-projek pambangunan seperti ini harus diberikan galakan dan akan disokong penuh oleh Kerajaan Negeri pada masa hadapan.

“Pahang akan terus komited dalam melaksanakan pembangunan berteraskan syariah Islam, integriti dan amanah,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat