Sejarah Tercatat, Tren Datang Naik Kapal Terbang

- Advertisement -

SEPANG: Pengendali sistem rel LRT, MRT dan Monorel negara, Prasarana Malaysia Berhad semalam, menerima 2 buah unit tren terbaru jenis Bombardier Innovia Metro 300 buatan syarikat Bombadier dari Amerika Syarikat.

Tren-tren tersebut tiba menggunakan pesawat Antonov 124 “Ruslan”, buatan Soviet Union di KLIA. Menariknya, penghantaran ini mencatat sejarah tersendiri di Asia Tenggara kerana pertama kali tren seumpamanya dihantar dengan menggunakan pesawat udara.

Berbanding kaedah pengangkutan biasa menggunakan jalan laut yang mengambil masa berbulan untuk sampai.

Tambah unik lagi, pesawat jenis Antonov 124 (kini dikendalikan oleh syarikat dari Ukraine) yang digunakan ini, adalah pesawat kargo ketiga terbesar dunia, selepas Antonov 224 Mriya dan Boeing 747-800.

Pesawat sepanjang 69 meter dengan bukaan sayap sepanjang 73 meter itu, mengambil masa selama 3 hari, dengan jarak perjalanan lebih 15,000km untuk tiba di Malaysia dari kilang pengeluar.

Tempoh ini termasuk membuat beberapa hentian di beberapa negara untuk tujuan mengisi minyak.

Hadir menyambut ketibaan tren-tren ini ialah Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman, yang diiringi oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Encik Muhammad Nizam Alias dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Datin Norlia.

Seperti dipetik Berita Harian, Muhamad Nizam ketika mengulas detik bersejarah itu berkata, “”Rakyat Malaysia khususnya pengguna rel bandar di Lembah Klang amat ternanti-nanti ketibaan tren baharu ini. Ia adalah pelaburan oleh kerajaan bagi memastikan rakyat mendapat manfaat dan kemudahan pengangkutan awam bertaraf dunia,” katanya.

Dengan pembelian tambahan 27 lagi tren empat-gerabak, ia akan dapat memastikan lebih keselesaan kepada pengguna di samping dapat mengurangkan tempoh masa menunggu ketika waktu puncak.

Kredit foto: Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat