10 Atlet Para Negara Layak Sertai Sukan Paralimpik Tokyo

Pemilihan Presiden US: Biden Serang Trump Isu Wabak, Trump Serang Biden Isu Ekonomi

AMERIKA SYARIKAT: Calon-calon pemilihan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Donald Trump saling berbalas-balas serangan dengan Biden menyerang kelemahan Trump semasa mengendalikan wabak Covid-19...

Gila! Belah Perut Isteri Nak Tengok Jantina Anak

SEORANG lelaki di India ditahan polis kerana membelah perut isterinya yang sedang mengandung dengan sabit sehingga menyebabkan wanita itu sekarang tenat di hospital...

PN Perlu Segera Merencana Pemberdayaan Wanita Malaysia

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Setelah tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020, kita mendapati kurangnya gerakan bagi membincangkan hala tuju perkembangan wanita...

Polis Terima 35 Laporan Berkaitan Mohamaddin Hina Anggota Keselamatan

KOTA KINABALU – Sebanyak 35 laporan diterima polis Sabah setakat ini berkaitan penghinaan seorang bekas menteri ke atas anggota keselamatan bertugas ketika Op Daulat...

Mohamaddin Sangat Biadab, Melampau – Mejar Huan Cheng Guan

KOTA KINABALU – Kenyataan bekas Menteri Pakatan Harapan (PH) yang kini merupakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi menghina wira...

Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan seramai 10 atlet para negara sudah melayakkan diri ke temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Ia melibatkan sukan renang, memanah, olahraga, boccia dan powerlifting.

Pengarah Bahagian Paralimpik MSN, Mohd Sofian Hamzah berkata, sasaran sebenar jumlah atlet untuk dihantar ke Tokyo adalah seramai 31 orang dan pihaknya masih dalam proses pemantauan dan penilaian sebelum membuat sebarang ketetapan.

“Kami masih memantau perkembangan mereka (atlet) sebelum mengumumkan senarai penuh kerana ada yang mengalami kecederaan dan ada masih belum mencapai tahap prestasi terbaik,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tajaan kasut Bata kepada Kontinjen Sukan Paralimpik negara ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, Pengurus Pemasaran Bata Malaysia, Diana Wong dan Konsultan Bata Malaysia, Datuk James Selvaraj.

Sepuluh atlet Para yang sudah mengesahkan slot ke Tokyo 2020 adalah Muhd Nursaiful Zulfikri dan Brenda Anelia (renang); S Suresh dan Wiro Julin (memanah); Muhammad Ziyad Zolkefli, Wong Kar Gee, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Abdul Latif Romli (olahraga); Chew Wei Lun (boccia) dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting).

Sebelum ini, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 dan Kerajaan Jepun bersetuju untuk meminda tarikh penganjuran Sukan Paralimpik 2020 yang sepatutnya berlangsung dari 25 Ogos hingga 6 September 2020 kepada 24 Ogos hingga 5 September 2021 susulan pandemik koronavirus (Covid-19).

Sementara itu, Megat D Shariman berkata, cadangan untuk membina sebuah sekolah sukan khas untuk atlet para di negara ini sedang dibincangkan bersama Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan MSN. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Polis Terima 35 Laporan Berkaitan Mohamaddin Hina Anggota Keselamatan

KOTA KINABALU – Sebanyak 35 laporan diterima polis Sabah setakat ini berkaitan penghinaan seorang bekas menteri ke atas anggota keselamatan bertugas ketika Op Daulat...

Mohamaddin Sangat Biadab, Melampau – Mejar Huan Cheng Guan

KOTA KINABALU – Kenyataan bekas Menteri Pakatan Harapan (PH) yang kini merupakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi menghina wira...

Selepas perang dengan ayam dan anjing, hari ini Covid-19 di Lahad Datu konspirasi politik – Mohammadin

KOTA KINABALU – Belum reda isu dikecam memperlekeh anggota keselamatan dalam Op Daulat 2013, Datuk Mohammadin Ketapi hari ini menuduh peningkatan penularan Covid-19 di...