Pemimpin Harus Kuat Untuk Memastikan Organisasi Kalis Cabaran – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Acuan kepemimpinan dalam sesebuah organisasi, sama ada syarikat kecil mahupun gergasi adalah penting dalam menentukan hala tuju sesebuah syarikat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam pada itu, para usahawan perlu membina daya tahan untuk mendepani cabaran dan ketidaktentuan ekonomi global hari ini.

“Kebanyakan syarikat yang berjaya mempunyai pemimpin yang bersifat kritis dan kental dalam mendepani cabaran perniagaan kini yang semakin dinamik.

“Pemimpin harus kuat untuk memastikan organisasi mereka kalis cabaran.

“Kita semua tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin yang hebat tetapi saya yakin pengalaman pahit manis dalam membangunkan perniagaan itu menjadi titik tolak kepada apa yang anda semua telah capai hari ini,” katanya ketila berucap di majlis Anugerah 100 Top CEO 2022 di Hotel M Resort Kuala Lumpur.

Ismail menambah landskap perniagaan selepas pasca pandemik COVID-19 sudah mula berubah.

Jelasnya dahulu, perniagaan ‘brick and mortar’ menjadi syarat utama jika mahu mulakan perniagaan kerana kita memerlukan premis untuk menjalankan proses jual beli atau penawaran perkhidmatan.

“Pandemik COVID-19 telah menyaksikan perubahan perniagaan secara konvensional kepada perniagaan secara dalam talian.

“Dalam dunia kehidupan pasca pandemik ini, saya yakin tiada produk atau perkhidmatan yang tidak boleh dibeli daripada Internet.

“Berdasarkan Laporan Barometer e-Dagang Asia Tenggara (SEA), jumlah pembeli secara dalam talian di Asia Tenggara dijangka terus meningkat kepada kira-kira 380 juta orang menjelang 2026,” katanya.

Selain itu katanya arus teknologi dunia semakin berkembang setiap hari.

Jelasnya China merupakan pelopor kepada inovasi sains dan teknologi global dan industri perniagaan di sana sudah semakin ke hadapan.

“Sebagai contoh, ketika saya mengadakan lawatan ke Shenzhen, China pada Jun yang lalu, saya dimaklumkan industri e-hailing di sana sudah menggunakan dron untuk menghantar makanan kepada pembeli.

“Ini merupakan contoh kemajuan teknologi dalam perniagaan yang akan merevolusikan sistem jual beli pada masa akan datang,” katanya.

Dalam majlis berkenaan beliau berkata, Anugerah 100 Top CEO merupakan satu platform yang baik bagi memastikan lebih banyak syarikat tempatan terus berkembang maju dan bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Saya percaya semua penerima anugerah pada malam ini merupakan antara pemain industri tempatan yang banyak menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara serta membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat.

“Ketika saya masih menerajui tampuk pentadbiran Kerajaan, pelbagai pelan dan inisiatif telah dilancarkan untuk membantu industri perusahaan tempatan terus diperkasa.

“Antaranya, pada April tahun lalu, saya telah melancarkan Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030 (SEMy2030 – disebut ‘semai 2030’) yang menyediakan hala tuju nasional yang baharu kepada pembangunan keusahawanan sosial di Malaysia,” katanya.

Jelasnya lagi persekitaran ekonomi dunia pada tahun ini masih mencabar meskipun kebanyakan negara sedang melalui fasa pemulihan dan ini secara tidak langsung memberi kesan kepada dunia perniagaan global dan juga tempatan.

“Namun, saya percaya dengan pengiktirafan yang diberikan pada malam ini mampu menjadi batu loncatan buat kesemua penerima anugerah untuk terus berdaya saing serta menjadi lebih produktif dalam membantu memacu ekonomi negara.

“Saya juga mendoakan agar usahawan kita akan terus berjaya dalam perniagaan yang diusahakan dan terus berbakti kepada ekonomi negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat