Annuar Musa tiada dalam senarai calon PAS untuk PRN Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU – Bekas Setiuasaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dijangka tidak akan dicalonkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Pilihan Raya Umum Negeri Kelantan ke 15 (PRN15-KELANTAN) yang akan berlangsung minggu hadapan.

Menurut sumber dalaman PAS, nama Annuar Musa tidak ada dalam senarai calon PAS untuk PRN15-Kelantan yang akan diumumkan malam esok di Dataran Warisan, Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu.

Walaupun Annuar pernah menegaskan kemasukan beliau kedalam Pas bukan untuk mencari tempat bertanding dalam pilihan raya, namun nama beliau disebut-sebut sebagai salah seorang yang akan dicalonkan, terutama di DUN Melor dalam Parlimen Ketereh.

Nama Annuar juga disebut-sebut sebagai calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, namun setakat ini PAS Terenganu dan Pusat menyimpan kuat nama calon mereka.

Selain Annuar, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar dan bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed, dikatakan antara nama dalam senarai pendek PAS bagi PRK Kuala Terengganu. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat