PM akan lancar Ekonomi Madani esok, ‘game changer’ ekonomi negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan “Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat” bagi memberi gambaran sebenar mengenai hala tuju ekonomi negara di bawah pimpinannya.

Dalam kenyataan pendek menerusi akaun media sosialnya, Perdana Menteri memberi gambaran pelan ini merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.

Dokumen ekonomi ini dijangka menumpukan penambahbaikan dan reformasi sektor ekonomi bagi mewujudkan ekonomi bernilai tinggi yang mampan, menambah baik liputan keselamatan sosial, dan meneruskan pemerkasaan ekonomi tenaga bersih .

Ekonomi Madani dijangka akan memfokuskan pengenalan dasar-dasar ekonomi yang memberi impak tinggi kepada kualiti hidup rakyat penstrukturan subsidi, perlindungan sosial, keselamatan, dan mekanisme perkongsian kekayaan yang lebih saksama kepada semua lapisan masyarakat.

Berdasarkan ucapan-ucapan Perdana Menteri sebelum ini, Kerajaan juga dijangka akan mengumumkan pendekatan yang lebih komprehensif dalam akses kepada pengangkutan awam, penjagaan kesihatan, pendidikan dan perumahan rakyat.

Selain itu, segmen Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)juga mungkin akan diberi tumpuan bagi memastikan petrtumbuhan ekonomi domestik akan terus meningkat bagi menjana kemakmuran ekonomi negara.

Agak menarik juga untuk dilihat apakah perancangan naratif Ekonomi Madani dalam isu ekonomi kotemporari seluruh dunia iaitu keterjaminan makanan dan tenaga bersih.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat